Minggu, 15 November 2009

Qurban

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

§ Islam
§ Merdeka (Bukan hamba)
§ Baligh lagi berakal
§ Mampu untuk berqurban

Sunat bagi pengQorban tersebut agar jangan mencukur bulu yang ada pada badannya sehinggalah selesai mencurahkan darah binatang qorban tersebut.

PERLAKSANAAN QURBAN

1.Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun.
2.Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis.
3.Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
4.Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya.

(Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

I. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

II. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu.

HIKMAH DAN FADHILAT

1.Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

2.Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

3.Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

4.Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

5.Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

6.Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

Maklumat Tambahan ( Penting )

o Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.

o Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

o Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).

o Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.

o Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.

o Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.

HIDUP KITA CUMA DLM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah Hari pertama semoga Hari yang keduaKita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut Adalah pemberian Allah secara percuma DanCarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamaNyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikanDan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannyaTerjemahkan rukun ISLAM yang 5 ituDan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayaiBagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,Tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaiPada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukurAtas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~NyaSetiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembaliKepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaanKita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa .. . Di dunia jua di akhirat kelak sertaDi dalam rahmat Allah s.w.t.

Jumat, 30 Oktober 2009

Hukum memberi ucapan selamat hari raya untuk orang kafir

MUKADDIMAH

Dalam  pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir. Soalannya adalah seperti berikut:

assalamulaikum saya ingin bertanya 2 soalan
pertama bolehkah kita wish hapy depavali atau pun marry crismas

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:

"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?" Nabi saw menjawab :

صلي أمك

" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.

Nabi saw bersabda:

اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن
" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:

وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:

"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:

يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله

"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)

FATWA DR YUSUF AL-QARDAWI

Berdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:

"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)

Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.

Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN
Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam. Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh Syeikh Sobuni dan Fi Feqhil Aqalliyyat al-Muslimah oleh Dr Yusuf Qardawi.

Sabtu, 24 Oktober 2009

AKIBAT MAKSIAT

Maksiat memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa:

1- Ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan oleh Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengkagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda,
memiliki kecerdasan otak dan kesempurnaan pemahaman. Imam Malik berkata : “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair ; Saya mengadu pada guruku waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk,maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “ Ketahuilah ilmu adalah cahaya petunjuk Allah,dan cahaya petunjuk itu tidak diberikan kepada ahli maksiat.”

2- Kesempitan Hidup
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda ; “ Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.” Sedangkan ketakwaan mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kefakiran.

3- Jauh dari Allah
Jiwa pelaku maksiat akan sentiasa berasa dirinya jauh dan terasing daripada Allah. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan dunia disatukan, maka tetap tidak dapat mengubati keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab ; “ Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

4- Keterasingan antara manusia
- Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga sesama manusia, terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

5- Allah akan menyulitkan urusan hidup
- Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusan hidupnya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan kepada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa akan disulitkan urusannya.



6- Kegelapan dalam hati
- Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan malam. Ini adalah kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati, maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

7- Maksiat melemahkan kekuatan hati
- Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

8- Malas mengerjakan ibadat
- Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

9- Terbiasa berbuat dosa
- Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian dari kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.

9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Rabu, 21 Oktober 2009

Doa Solat Hajat ( Hadis Nabi )


Selasa, 13 Oktober 2009

Cara Ubati Sihir : masalah pukau..

Berikut adalah contoh rawatan sihir yang kami petik dari Fatawa Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, bekas Mufti besar Arab Saudi.

a. Ambil 7 helai daun bidara (sidr), dan ditumbuk menggunakan 2 ketul batu.

b. Dimasukkan daun tersebut didalam bijana air.

c. Bacakan ayat-ayat dibawah ini keatas air dan dituipkan keaatasnya.

d. Jika pesakit berada dihadapan anda, hembuskan kepadanya juga.

e. Air tadi dibuat mandi, dan selebih dibuat minum.

Berikut adalah bacaan2nya :-

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

: {اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة 255].
2. Surah al-'Araf : 117 hingga 122

{وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ، فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ، فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ، وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ، قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ، رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ} [الأعراف 117-122].

3. Surah Yunus : 79 hingga 82
{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ، فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ، فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ، وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ} [يونس 79-82].

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]

{قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَن تُلْقِيَ وَإِمَّا أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى، قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى، فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُّوسَى، قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الأَعْلَى، وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى، فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى} [طه 65-70].

5. Surah al-Kafirun

{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}.

6. Surah al-Ikhlas

{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ}.

7. Surah al-Falaq

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ}.

8. Surah al-Nas

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ}.

Petikan : Majmu' Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.

Minggu, 11 Oktober 2009

HUKUM SOLAT JAMA' DAN QASAR

‏MASALAH : JIKA SESUDAH SOLAT ZOHOR DAN ASAR DALAM WAKTU ZOHOR SECARA JAMA' DAN QASAR, KEMUDIAN TERUS KAN PERJALANAN HINGGA SAMPAI KE RUMAH KITA SEDANGKAN WAKTU ZOHOR BELUM BERAKHIR LAGI..SETELAH ITU MASUK WAKTU ASAR. SOALAN:ADAKAH KITA PERLU MENGULANGI SOLAT ASAR SEMULA??

س‏:‏ مسافر صلى الظهر والعصر جمعاً وقصراً في وقت الظهر جمع تقديم، ثم وصل أهله ومقر إقامته قبل وقت العصر التي صلاها مقدما وقصر مع الظهر، فهل تجزئ عنه الصلاة التي قدمها في حال السفر، ثم وصل محل إقامته قبل وقتها أو في وقتها، وكذلك المغرب والعشاء، إذا قدمت صلاة العشاء مع المغرب ثم وصل المسافر في وقت صلاة العشاء المقدمة أو قبل وقتها إلى محل إقامته‏؟‏ نرجو الإجابة مع توضيح الأدلة إذا أمكن ذلك؛ لأن هذا يحدث كثيراً ويكثر فيه الجدل‏.‏
ترجمهنث: ددالم مسافر سسأورغ برصلاة ظهر دان عصر سخارا جمع دان قصر ددالم وقتو ظهر سباضاي جمع تقديم.كمدين،بلياو تيبا درومه كلوارضاث سبلوم وقتو عصر،سدغكن بلياو تله فون مغقصركن صلاتث ددالم وقتو ظهر. افاكه بوليه دبهاضيكن(دلاكوكن) صلاة يغ دلاكوكن سبلومث ددالم مسافر،كمدين افابيلا تيبا دتمفت كديمن سبلوم اتاو ددالم وقتوث؟بضيتو جوض دغن مغرب دان عشاء،جك اي منديريكن صلاة عشاء برسام مغرب كمدين تيبا دري مسافر فد وقتو عشاء اتاو سبلومث دتمفت كديمن؟كامي ايغينكن جوافن برسام دليل فنجلسن جك بوليه.كران سسوغضوهث فرايستيوا اين برلاكو باثق كالي دان اي منمبهكن فربالهن.


ج‏:‏ إذا جمع المسافر بين الظهر والعصر أو بين المغرب والعشاء جمع تقديم، ثم وصل إلى مقر إقامته قبل دخول وقت العصر أو بعده، أو قبل دخول وقت العشاء أو بعده، فإن صلاته صحيحة؛ لكونه جمعها مع الأولى بمسوغ شرعي، وهو السفر‏.‏
ترجمهنث: جك سأورغ مسافر منجمعكن صلاة ظهر دان عصر اتاو انتارا مغرب دان عشاء سخارا جمع تقديم،كمدين تيبا دكديمن سبلوم ماسوق وقتو عصر اتاو سلفسث اتاو سبلوم ماسوق وقتو عشاء اتاو سلفسث. سسوغضوهث صلاة اين صح،كران فربواتن جمعث اداله لبيه أَوْلَى دري سودوت شريعة ياءيت دي ماسيه ددالم مسافر.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم ‏.‏

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء ( مجلد 8 صفحة 137)
عضو/ عبدالله بن قعود
نائب رئيس اللجنة/ عبدالرزاق عفيفي
الرئيس/ عبدالعزيز بن عبدالله بن باز

Selasa, 06 Oktober 2009

WAKTU KEADAAN DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

1. Malam Lailatul Qadar

2. Bahagian malam yang terakhir (antara jam 3.00 hingga 6 pagi)

3. Selepas setiap solat fardhu

4. Masa di antara azan dan iqamah

5. Satu waktu di setiap malam

6. Ketika azan untuk solat fardhu

7. Ketika hujan sedang turun

8. Ketika mempersiapkan barisan menuju medan jihad fi sabilillah

9. Satu waktu di hari Jumaat , pendapat yang paling tepat ialah ketika khutbah dan solat jumaat dan di akhir waktu asar haru Jumaat.

10. Ketika minum air zam-zam beserta niat yang baik

11. Ketika sujud

12. Ketika terbangun di tengah malam dan berdoa dengan doa yang makthur

13. Ketika tidur dalam keadaan suci dan berdoa

14. Ketika berdoa

15. Doa untuk seseorang saudara yang tidak ada di sisinya (ghaib)

16. Doa di Hari Arafah

17. Doa ketika seseorang dalam keadaan nazak (hampir meningal dunia)

18. Doa sesudah pujian terhadap Allah dan selawat ke atas nabi ketika tahiyyat akhir.

19. Ketika berdoa dengan menggunakan nama Allah Yang Maha Agong ( )

20. Doa sepanjang bulan Ramadhan

21. Ketika perhimpunan umat Islam dalam majlis ‘zikrullah’

22. Doa ketika ditimpa musibah

23. Doa dengan penuh pertautan hati dengan Allah dan penuh keikhlasan

24. Doa orang terzalim terhadap orang yang menzaliminya

25. Doa ibu dan ayah untuk anaknya

26. Doa anak yang saleh untuk kedua ibubapanya

27. Doa orang yang sedang bermusafir

28. Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka

29. Doa yang berpuasa ketika sedang berbuka

30. Doa orang yang terdesak atau terpaksa

31. Doa pemimpin yang adil (yang melaksanakan syariah Allah dalam pemerintahannya)

32. Doa ketika berwudhu’ dengan doa makthur mengenainya

Jumat, 02 Oktober 2009

Maklumat tentang Kanser Paru-paru

Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benigna(bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser).
Kanser Paru-Paru


Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian akibat kanser di Malaysia. 95% daripada pesakit kanser paru-paru meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosa dilakukan. 90% kanser paru-paru disebabkan oleh amalan menghisap rokok. Kejadian kanser paru-paru juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif).


APAKAH KANSER PARU-PARU?

Kanser paru-paru merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor. Jika tumor ini tidak merebak ke bahagian badan yang lain, ia disebut tumor benigna (bukan kanser). Sebaliknya, jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa ia adalah tumor malignan (kanser). Apabila sel kanser ini merebak melalui saluran limfa, ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak. Apabila ia menyusur melalui saluran darah, ia boleh merebak ke organ lain khususnya hati, tulang, otak atau paru-paru yang sebelah lagi.

1) Epidemiologi:
Kanser paru-paru adalah "pembunuh nombor satu": kanser yang bersebar luas di seluruh dunia. Ia masih meningkat. Namun demikian, tidak dapat dinafikan kemajuan telah dicapai tahun kebelakangan ini sejauh mana rawatan berkenaan. Kanser ini disebabkan oleh penggunaan tobako, ia bermula di negara barat sejak perang dunia kedua. Ia mewakili 20% dari kesemua kanser di Amerika Utara, dibanding 1 ke 2% di Afrika. Sila perhatikan bahawa penyakit ini berlaku agak umum di kalangan wanita, sebab tabiat merokok mereka. : Kanser paru-paru menjadi masalah yang semakin besar pada wanita setiap tahun. Jika kecenderungan sekarang berlanjutan, dalam masa 10 ke 15 tahun, kes kanser paru-paru pada lelaki dan wanita akan muncul : kejadian ini akan menjadi sama, bila 3.5:1 (3 kali lebih bagi lelaki) pada tahun 1975, dan 1.5:1 pada tahun 1999.
Umur yang sesuai untuk diagnosa ialah 66 tahun.

Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan: bila membuat diagnosa pada peringkat lewat, , 50% daripada kes-kes menunjukkan metastasis.
Semakin ramai kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru dibanding dengan pergabungan kanser kolon, payudara dan prostat.
Dalam tahun 2004, anggaran kes-kes baru kanser paru-paru di Amerika Syarikat adalah 173,770 : 93,110 kes-kes antara lelaki dan 80,660 antara wanita, menurut kepada Persatuan Kanser Amerika.
menaksir 160,400 kematian, lebih kurang 30% daripada semua kematian yang disebabkan oleh kanser, akan berlaku dalam tahun 2004.

2) Faktor risiko:
- Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan
menghisap cerut atau paip .
- Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas
radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.
- Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
- Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.

3) Perkembangan kanser:
Kanser paru-paru dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “small cells lung cancer” (SCLC), dan “non-small cells lung cancers” (NSCLC) mewakili 25% dan 75% masing-masing. Sel-sel paru-paru menukar menjadi sel-sel kanser apabila berlaku ketidakseimbangan fakta-fakta perkembangan sel tersebut. Barah ini boleh melarat ke tulang, hati dan otak.

4) Simptom:
- Batuk berdarah;
- batuk yang berlarutan;
- jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;
- Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan;
- Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang.

5) Diagnosa:
- X-ray paru-paru penting tetapi menggunakan pancaran CT Skan digalakkan. Cara MSCT 64-kepingan skan tubuh
dan menggunakan petanda protin 'Biomaker C12' adalah strategi yang sungguh berkesan.
- Bronkoskopi boleh mendapat cebisan biopsi;
- Skan dada, abdomen, tulang dan otak adalah sebahagian dari kaedah skan yang digunakan sekarang selain dari
'Petscan';
- Kalau terdapat bengkak tumor yang senang dihampiri, kaedah menggunakan CT- Skan 'guided needle aspiration';
- Sitologi kahak;
- Petanda tumor iaitu CEA, NSE untuk 'Small cell barah paru” dan Cyfra 21-1 untuk barah paru-paru jenis
'epidermoidis'.

6) Rawatan:
- surgeri: spesifik ke lokasi tumor;
- terapi radiasi: bantuan rawatan yang dijalankan bila surgeri tidak dapat dilakukan dengan sepenuh, dan juga
pada tumor kecil yang tidak dapat disembuhkan;
- kemoterapi: bantuan rawatan yang dijalankan sebelum atau selepas surgeri, terutamanya pada peringkat
metastatik, sebab perkembangan metastasis pesakit ;
- kemoradiasi: bentuk yang tidak dapat dibuangkan;
- dos petanda tumor: amat perlu: menjalani rawatan susulan yang mudah, terutamanya semasa kemoterapi dan
mengisyaratkan keperluan untuk mengubahsuai rawatan ini bila klon sel baru ditemui. Beberapa jenis sel tumor
boleh muncul bersama dalam satu tumor dalam kes kanser paru-paru : kemoterapi berkesan ke atas sel-sel
utama boleh menghapuskan kanser jenis ini, tetapi mungkin sel lain dikuasai: semasa rawatan petanda tumor
memainkan peranan yang penting: NSE dan Cyfra 21-1 adalah yang paling penting.

7) Rawatan susulan:
- Kajian radiografik;
- dos petanda tumor : peningkatan nilai satu atau beberapa petanda tumor boleh terjadi beberapa bulan sebelum ia
muncul semula. Rawatan susulan ini perlu dilakukan setiap bulan, kemudian setiap tiga bulan.
.
8) Pencegahan:
DILARANG MEROKOK. Berhenti merokok mengurangkan risiko kanser paru-paru selepas 10 tahun.
Pemeriksaan CT dengan dos rendah / resolusi tinggi, bergabung dengan ujian petanda tumor, akan memperbaiki keadaan kanser paru-paru.

Kamis, 01 Oktober 2009

4 Golongan lelaki ditarik wanita

 Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

TANGGUNGJAWAB IBUBAPA KEPADA ANAK

ibu bapa diminta supaya menitik beratkan perkara-perkara berikut;


1. Didik dan latih mereka supaya beradab dengan ibu bapa , guru dan orang yang lebih tua dari mereka. Di samping itu latihlah mereka supaya berbakti kepada mereka semua.

2. Wajib mendidik anak-anak melakukan ibadah, terutama solat dan puasa dan latih mereka supaya berakhlaq dengan akhlaq yang mulia serta mencegah pergaulan dengan teman-teman yang buruk akhlak dan budipekertinya.

3. Jangan biarkan mereka terpengaruh dengan kehidupan yang mewah dan senang-lenang, serta barangan-barangan yang mewah dan berharga tinggi, kerana dikhuatiri mereka tidak akan biasa dengan ujian kehidupan di masa akan datang dan mengutamakan kehidupan mewah yang akan menghancurkan hidupnya. Latihlah mereka hidup dalkam keadaan sederhana dan sentiasa menghargai nikmat yang Allah berikan, walaupun sedikit.

4. Jika anak-anak sudah mampu membezakan antara yang baik dan buruk dan wujudnya perasaan malu dalam diri mereka, maka bantulah mereka untuk membina akhlaq mulia dan telah wujud tersebut.

5. Jika kita melihat wujudnya sifat rakus di kalnagan mereka, seperti sewaktu makan dan minum, maka didiklah mereka supaya beradab semasa makan, terutama membaca ‘basmalah’ sebelum makan dan paksa mereka menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang terdekat dengan mereka terlebih dahulu. Latih mereka supaya jangan makan terlebih dahulu sebelum anak-anak lain duduk bersama untuk makan. Latih mereka supaya tidak terlalu banyak melihat kepada makanan dan merenung orang yang sedang makan. Latih juga mereka supaya makan dengan tenang supaya tidak mengotorkan pakaian mereka dan biasakan mereka makan roti tanpa kuah, supaya mereka mengerti bahawa tidak semua masa mereka dapat makan dengan persiapan yang sempurna dan lengkap. Larang mereka dari makan terlalu banyak dan puji mereka sekiranya mereka makan secara sederhana dan berpada dengan apa yang disediakan.

6. Biasakan mereka memakai pakaian yang menutp aurat dan pakaian yang agak longgar. Kalau boleh biasakan anak lelaki memakai pakaian berwarna putih.

7. Elakkan diri mereka dari terlalu kerap berkawan dengan teman yang biasa hidup dalam kemewahan dan memakai pakaian yang mewah, termasuk dengan teman-teman yang suka bercerita tentang perkara-perkara tersebut.

8. Jika kita melihat anak-anak melakukan pekerjaan yang terpuji, segeralah memuji dan memberikan penghargaan terhadap perbuatan tersebut, samada dengan kata-kata pujian dan sanjungan atau melalui pemberian hadiah, terutama di hadapan rakan-rakan atau orang ramai. Tetapi sekiranya mereka melakukan perbuatan yang tidak baik buat kali yang pertama, berpura-puralah melupakan apa yang dilakukan dan tidak perlu disingkap dan disoal jawab akan perbuatan tersebut dan jangan sekali-kali ingin mengorek rahsia mereka. Namun sekiranya mereka mengulangi perbuatan tersebut, baharulah ditegur secara perseorangan dan tegurlah dengan penuh hikmah sehingga mereka menunjukkan rasa penyesalan di atas apa yang mereka lakukan.

9. Jangan biasakan anak-anak banyak tidur di siang hari, kerana tabiat ini akan menjadikan dirinya terbiasa dengan sifat malas. Biasakan mereka tidur di tempat yang tidak empuk, supaya mereka terbiasa dengan cara hidup yang sederhana.

10. Ingatkan anak supaya tidak melakukan satu perbuatan yang tersembunyi dari penglihatan manusia lain, kerana tabiat ini akan menimbulkan kesan yang tidk baik pada dirinya.

11. Latih mereka supaya memperbanyakkan pergerakan badan, terutama di siang hari, supaya tubuh badan mereka sihat dan cergas, terutama melalui kegiatan sukan dan olahraga.

12. Jangan biarkan mereka berjalan dalam keadaan menyombong diri dan gaya yang tidak sesuai sebagai seorang yang beriman dengan Allah. Berjalanlah dengan penuh rasa rendah diri tetapi janganlah sampai dipandang manusia sebagai orang yang lemah dan boleh dipermain-mainkan.

13. Latih mereka supaya tidak berbangga dengan apa sahaja yang mereka dan keluarga mereka miliki, seperti harta, makanan, alat mainan, pakaian, rumah, kenderaan dan sebagainya ketika bersama dengan teman-teman mereka. Sebaliknya latihlah agar mereka bersikap rendah diri dan berkata dengan kata-kata yang baik dan sopan.

14. Ajar dan didiklah mereka supaya lebih banyak memberi dari meminta, sehingga tertanam dalam pemikiran mereka bahawa pekerjaan sebagai peminta itu adalah rendah dan hina walaupun dia seorang kaya dan akan merupakan kehinaan jika seseorang itu fakir dan miskin.

15. Larang mereka dari meludah atau membunag hingus di tempat perhimpunan ramai. Di samping itu dilatih supaya tidak menguap di hadapan ramai tanpa adab atau bersikap suka membelakangi orang, terutama ketika bercakap, menyilangkan kaki, meletakkan tangan di dagu, menyandarkan kepala di lengan, sebaliknya ajarlah cara duduk yang penuh dengan adab sopan dan jangan terlau banyak berbicara.

16. Latih mereka supaya jangan banyak bersumpah samada dalam perkara yang benar atau palsu, agar mereka tidak terbiasa dengan perbuatan tersebut.

17. Latih mereka supaya bercakap semasa perlu atau sekadar membuat pertanyaan atau memberikan jawapan. Latih mereka menjadi pendengar yang baik dan sekira mereka perlu berbicara dengan orang yang lebih tua, maka lakukan dengan penuh adab dan sopan.

18. Latih mereka supaya tidak banyak membuat kritikan, mengutuk dan mencaci-maki seseorang.
19. Latih mereka supaya banyak bersabar sekiranya didenda oleh guru mereka., kerana sifat sabar adalah lambang keberanian dan jangan suka mengadu dan berteriak meminta pertolongan seperti lagaknya seorang pondan.

20. Izinkanlah mereka untuk bermain dan beriadhah sebaik sahaja pulang ke rumah, selepas waktu persekolahan, asalkan mereka menjaga adab-adab Islam. Supaya dengan itu mereka dapat merehatkan fikiran dan merehatkan tubuh badan. Larangan daripada bermain akan membantutkan kecergasan tubuh badannya dan menyebabkan mereka bosan untuk meneruskan pembelajarannya.

Peringatkan mereka supaya takut dari melakukan perbuatan mencuri, makan makanan yang haram, melakukan khianat, berdusta, melakukan pekerjaan yang hina dan lain-lain lagi, sekiranya kita melihat mereka ada kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara tersebut.

Pandangan-pandangan Imam Al-Ghazali mengenai pendidikan anak-anak ini mengandungi banyak kelebihan dan kebaikan. Oleh yang demikian ibu bapa sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mempraktikkannya, terutama ketika mereka masih di usia kanak-kanak, supaya perbuatan baik itu menjadi tabiat atau kebiasaan dalam kehidupan mereka, sehingga akhirnya menjadi budaya hidup mereka ketika dewasa nanti.

Janganlah hendaknya ibu bapa terlalu mengejarkan kesenangan dan kemewahan sehingga lupa memberikan perhatian dan penumpuan kepada pendidikan anak-anak. Ramai ibu bapa yang memberikan alasan, bahawa masa mereka dipenuhkan dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan bagi memastikan anak-anak dan hidup keluarga mereka dipenuhi dengan kesenangan dan kemewahan. Namun mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan semata-mata bukan merupakan jaminan kepada kita untuk memperolehi kebahagian hidup di dunia, tanpa kefahaman dan pegangan agama yang kuat dan kukuh. Ingatlah bahawa bukan kita yang boleh memastikan kebahagiaan hidup seseorang, dengan harta, kesenangan dan kemewahan yang kita curahkan, kerana kebahagiaan yang sebenar datangnya dari Allah untuk mereka yang sentiasa mengingatinya dan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.

Sekian wassalam

Rabu, 30 September 2009

MLM; YANG HALAL DAN YANG HARAM

Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?
Jawapan; Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.Saling meredhaiSaling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).Syarat-syarat bagi akad perniagaanBagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.Larangan-larangan Syarak dalam perniagaanSetiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;a) Membantu kepada perbuatan maksiatb) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuanc) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.(d) Mengurangi timbangan(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.Syarat-syarat yuran keahlian Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).Bonus Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.Jauhi “Sistem Piramid” Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah; 1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.Harga barangan/produk Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.Wallahu A’lam.Rujukan; 1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

KONTRAK SOSIAL

DEFINISI KONTRAK SOSIAL : ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.
CONTOH : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui.Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.
TUJUAN :i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.
Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.
i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).
ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.
iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayuv) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu
http://www.pemuda-enggang.org"